Friday, January 21, 2011

Asri tidak dapat hadir Forum anjuran Pro-M


Pengerusi Penggerak Mahasiswa, Asri Bin Zulkifli tidak dapat hadir Diskusi Mahasiswa yang dianjurkan oleh Pro-Mahasiswa. Diskusi tersebut akan berlansung pada 22 Januari 2011 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.


Asri dihubungi dan dijemput oleh Saudara Hawari Zakaria, wakil Pro-Mahasiswa untuk menghadiri diskusi tersebut. Beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang lebih penting. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Pro-Mahasiswa 3 hari lalu.

Asri turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir. Beliau menyokong penuh diskusi anjuran Pro-Mahasiswa. Beliau juga berharap dapat menghadiri Diskusi seperti ini pada waktu lain akan datang.

YDP MPMUM,Khairul Anuar Abu Kasim juga dijemput sebagai ahli panel Diskusi Mahasiswa tersebut tetapi beliau juga tidak dapat menghadiri kerana mempunyai urusan lain. Beliau bercadang ingin menghantar wakil MPMUM tetapi masih tidak dapat pengesahan daripada Pro-Mahasiswa.

Penggerak Mahasiswa berharap agar Pro-Mahasiswa menghentikan publisiti (edaran poster dan blog-blog) berkenaan Forum ini kerana kedua-dua panel utama tidak dapat menghadiri Diskusi Mahasiswa tersebut. Kata putus telah dimaklumkan oleh kedua-dua ahli panel pihak Penggerak Mahasiswa lebih awal. Sepatutnya Pro-Mahasiswa juga memaklumkan perkara ini kepada mahasiswa seluruh UM supaya salah faham dikalangan mahasiswa tidak berlaku.

No comments: