Sunday, January 23, 2011

Mahasiswa dinasihat tidak tertipu


Penggerak Mahasiswa ingin mengingatkan supaya mahasiswa tidak terperdaya dengan agenda beberapa pihak yang cuba menjatuhkan ideologi dan gerakan Penggerak Mahasiswa.

Penggerak Mahasiswa merupakan satu gerakan mahasiswa di Universiti Malaya yang membawa ideologi menegakkan kebajikan mahasiswa semata-mata dan perjuangan yang berteraskan AGAMA,ILMU,PERPADUAN dan KEBAJIKAN.

Ramai mahasiswa masih tidak memahami gerakan Penggerak Mahasiswa memandangkan ianya baru sahaja ditubuhkan (21 Disember 2008). Penggerak Mahasiswa bukanlah evolusi daripada Aspirasi dimana Penggerak Mahasiswa bukan satu entiti politik di dalam kampus serta tidak terlibat dengan politik luar.

Perkara ini perlu difahamkan oleh seluruh Mahasiswa Universiti Malaya. Penggerak Mahasiswa menyeru seluruh warga Universiti Malaya memahami gerakan-gerakan yang ada di dalam kampus dan berfikiran secara rasional terhadap isu-isu yang berlaku di dalam dan di luar kampus.

ELAK FITNAH!! ELAK PROPAGANDA HITAM!! ELAK PERBUATAN JAHAT!!



DARIPADA MAHASISWA . KEPADA MAHASISWA . UNTUK MAHASISWA

No comments: