Wednesday, January 19, 2011

Masalah Bas : Penjelasan TNC Pembangunan


YDP MPMUM Penggerak Mahasiswa, Khairul Anuar Abu Kasim telah menghantar emel memohon penjelasan kepada TNC Pembangunan berkenaan masalah bas. Semenjak bermula semester baru, hanya sebilangan kecil sahaja bas yang menjalankan perkhidmatan shuttle. Ini kerana proses penyelenggaraan bas dijalankan oleh JPPHB.

Perkara ini dilihat membebankan mahasiswa terutamanya yang tidak mempunyai kenderaan ke kuliah.

TNC Pembangunan menyatakan masalah penyelengaraan bas telah timbul dengan perubahan kepada beberapa proses yang tidak dapat dielakkan. Beliau difahamkan oleh Dato Pengarah JPPHB bahawa masalah ini akan diselesaikan dalam beberapa hari. Pada masa depan, pihak pejabat DVC(Pembangunan), JPPHB dan HEP akan pastikan bahawa perkara ini tidak diulangi.

No comments: