PENGGERAK MAHASISWA baru-baru ini menerima email daripada seorang siswa mendakwa ada pelajar dan pensyarah mempermainkan isu agama semasa pembelajaran. Dakwanya juga, pensyarah tersebut tidak melakukan apa-apa apabila kumpulan mahasiswa ini mengeluarkan gambar Nabi Muhammad s.a.w semasa perbentangan di dalam kelas.
PENGGERAK MAHASISWA menasihatkan agar semua warga kampus tidak memainkan isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan dan perkauman antara mahasiswa di Universiti Malaya mahupun di luar kampus.
Mahasiswa juga dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap umum supaya tidak menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu. Pensyarah juga bertanggungjawab terhadap perkara seperti ini dan tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment