Friday, September 24, 2010

5 siswa UM bebas tuduhan


24 Sept, Kuala Lumpur : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes ‘bini puaka’ terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).
Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.
Lima mahasiswa berkenaan – Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya – dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor – dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

PENGGERAK MAHASISWA mengucapkan tahniah kepada 5 mahasiswa yang tertuduh kerana dibebaskan dan diadili dengan seadil-adilnya.

No comments: