Thursday, October 21, 2010

Mahasiswa sokong yuran Universiti dimansuhkan

Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan kerajaan memansuhkan yuran pengajian di kesemua 22 universiti awam di negara ini bagi mengelakkan pelajar dibebani hutang sejurus menamatkan pengajian.

"Pemansuhan itu bagi mengelakkan mereka(mahasiswa) mengambil pelbagai pinjaman sehingga menanggung hutang bernilai ribuan ringgit apabila bekerja kelak.Yuran pengajian yang diperoleh universiti awam di seluruh negara sebenarnya terlalu kecil berbanding peruntukan yang diberi kerajaan setiap tahun." kata Datuk Rosnah Rashid Shirlin,Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Mahasiswa menyokong penuh cadangan daripada Pergerakan Puteri UMNO ini. Cadangan yang dikemukakan oleh Nurul Izzah Anwar sebelum ini mengenai penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa turut mendapat sambutan mahasiswa.Ini akan mengurangkan beban mahasiswa sepanjang pengajian dan selepas tamat pengajian terutamanya yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah.

No comments: