Monday, November 1, 2010

Fitnah Malaysiakini terhadap MPMUM

1 Nov - Artikel yang dikeluarkan Malaysiakini bukan tulisan Saudara Khairul Anuar Abu Kasim, YDP MPMUM.

Di dalam artikel tersebut menyatakan sokongan MPMUM mahasiswa terhadap tindakan kerajaan menubuhkan lebih banyak pusat hiburan malam di negara ini.

"Saya tidak pernah berhubung dengan Malaysiakini." ulas pendek Saudara Khairul Anuar apabila diminta memberi penjelasan berhubung perkara ini.

Tindakan Malaysiakini melampaui batas apabila menyiarkan artikel tanpa usul periksa. Dipercayai artikel ini ditulis oleh pro-pembangkang yang tidak berpuas hati dengan YDP MPMUM.

Pihak MPMUM tidak teragak-agak mengfailkan saman ke atas Malaysiakini yang cuba memburukkan YDP MPMUM dan mahasiswa UM. Banyak juga artikel daripada Malaysiakini sebelum ini yang cuba memecahbelahkan perkauman Malaysia.

Sumber - Pro-Student

1 comment:

akmal.amri said...

Salam

Saya mengucapkan takziah atas bencana yang menimpa YDP MPMUM apabila diburukkan sedemikian rupa.

Saya juga memohon maaf kerana turut sama terlibat menyebarkan artikel tersebut.

Pada masa yang sama, suka untuk saya tarik perhatian kalian bahawa pada pandangan saya, Malaysiakini tidaklah bersalah dalam hal ini, kerana tulisan tersebut sebenarnya diterbitkan di bawah kategori surat, bukannya artikel.

Seperti yang kita semua sedia maklum, ruangan surat pembaca di dalam akhbar adalah bebas dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Malah, saya yakin proses penapisan yang dibuat oleh pihak Malaysiakini ke atas surat2 yang diterima adalah berbeza daripada artikel2 yang diterbitkan di ruangan utama. Semestinya surat2 daripada pembaca tidaklah ditapis dengan begitu ketat jika hendak dibandingkan dengan artikel-artikel beritanya.

Maaf jika terkasar bahasa. Moga kita dijauhkan daripada balasan buruk oleh Allah kerana kesilapan kita pada hari ini, dan saya tidak terkecuali daripada berbuat silap.

Wallahualam