Friday, September 3, 2010
Ini bukan dari GERAK
Flyers ini didapati ditampal di sekitar kampus dan di setiap kolej kediaman. Mahasiswa dinasihatkan tidak terperdaya dengan permainan pihak pembangkang yang cuba memburukkan pihak PENGGERAK MAHASISWA.
Mesej yang disampaikan di dalam flyers itu mesej yang elok. Tetapi penggunaan bahasa tidak melambangkan keintelektualan mahasiswa dan ini perkara yang memalukan pihak kami.
Pendakwaan "Pro-Mahasiswa = PAS" juga tidak benar. Ada pihak yang cuba menjatuhkan dan memburukkan PENGGERAK MAHASISWA di mata mahasiswa UM. Tagline yang terdapat pada flyers tersebut juga tidak pernah digunakan GERAK. Tagline GERAK adalah DARIPADA MAHASISWA,KEPADA MAHASISWA,UNTUK MAHASISWA. Dan kami rasa kebanyakan mahasiswa tahu benda ini.
Semester baru ini, PENGGERAK MAHASISWA masih belum mengeluarkan apa-apa risalah untuk diedarkan di sekitar kampus. Diharap mahasiswa tidak terperdaya dengan agenda jahat pihak lain.
Dengan kesempatan ini, PENGGERAK MAHASISWA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM AIDILFITRI kepada seluruh warga kampus Universiti Malaya. Maaf zahir dan batin. Manfaatkan cuti yang diberi dan berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment