Monday, August 2, 2010

30 DITANGKAP KETIKA BERHIMPUN

mansuh ISA zalimamcorp1PETALING JAYA,1 OGOS – Kira-kira 30 orang ditangkap oleh pihak polis ketika mereka berhimpun untuk upacara menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Selain itu, mereka juga telah menggantung banner yang bertulis “Bukan Pindaan tapi MANSUHKAN ISA” di hadapan PKNS Petaling Jaya. Mereka berhimpun untuk membantah Internal Security Act (ISA) yang dijalankan sempena 50 tahun akta itu digubal.

nazreeTurut kelihatan saudara  Umar  Bugharib sebagai bekas pelajar UM yang pernah dikenakan tindakan tatatertib yang merupakan jentera kuat Pro-Mahasiswa dan juga saudara Nazree Yunus sebagai mantan Presiden PMIUM.

 

Berikut disertakan video yang dirakam ketika perhimpunan tersebut dijalankan (sumber:malaysiakini.com):

Adakah ini yang dikatakan sebagai perhimpunan aman? Kepada mahasiswa dan mahasiswi, sedarlah tentang tanggungjawab anda sebagai pelajar yang menimba ilmu selain merealisasikan harapan dan impian ibu bapa.

“Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan”

1 comment:

Nur Madihah said...

kesian la bila ada yang kata mahasiswa masih tak matang...

renung2kan...