Sunday, September 5, 2010

Jamin keselamatan pelajar di Indonesia

Di Indonesia sekarang ini banyak berlaku demonstrasi yang menentang dan turut memburukkan nama Malaysia. Demonstrasi berterusan dilakukan beberapa kumpulan masyarakat bagi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu.




Dalam insiden itu bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia.

Baru-baru ini, sekumpulan mahasiswa Indonesia berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan menuntut warga Malaysia disana dihantar kembali ke Malaysia.



PENGGERAK MAHASISWA, sebagai wakil mahasiswa Universiti Malaya memohon supaya kerajaan Malaysia dan Indonesia dapat menjamin keselamatan pekerja dan pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia,bukan sekadar menabur janji kosong. Pengusiran yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Indonesia ini menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar kita di sana dan ibu bapa mereka.

Kami juga memohon supaya kerajaan Malaysia supaya bertegas dalam isu yang menjatuhkan maruah dan menghina negara supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Semoga konflik antara Malaysia-Indonesia dapat diselesaikan dengan segera.

No comments: