8 Sept, Petaling Jaya: Ranking Universiti Malaya (UM) telah menurun daripada senarai 200 universiti teratas berprestij tahun 2010. Demikian menurut ranking terbaru yang dikeluarkan ‘QS World University Rankings’ . Ranking terkini UM adalah di tangga 207 tahun ini berbanding 180 pada tahun 2009.
Manakala ranking universiti lain di sini seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kesemuanya memperbaiki kedudukan mereka lebih baik berbanding tahun lalu.
UKM menduduki tangga 263 tahun ini berbanding dengan 291 tahun 2009, USM di 309 (314) dan UPM adalah 319 (345).
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turun ke 365 tahun ini berbanding dengan 320 pada tahun 2009.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keadaan itu biasa untuk melihat prestasi dalam kedudukan.
“Kami tidak mahu menjadi obsesif tentang kedudukan dunia,” katanya.
KPT juga menambah, ianya memiliki rencana strategik sendiri yang merujuk terhadap amalan-amalan terbaik di dunia, dan akan memperbaiki kedudukan sesebuah universiti.
“Kami juga tidak boleh membandingkan ‘kedudukan’ terhadap universiti lain yang ‘keadaan’ dan ‘persekitaran’ yang berbeza daripada kita. Ini seperti membandingkan epal dengan oren, “katanya.
Menurut Pengrah Pengurusan ‘QS Quacquarelli Symonds Ltd’, Nunzio Quacquarelli berkata, QS akan melakukan dan menentukan kedudukan tahunan Universiti Dunia berdasarkan tahap penyelidikan universiti, gaji kelulusan dan komitmen di peringkat antarabangsa.
“QS menggunakan gabungan kajian global dan data yang telah diaudit, termasuk jumlah kutipan dari Scopus, pangkalan data terbesar di dunia penerbitan akademik,” katanya lagi.
Majlis Penasihat Akademik ‘QS World University Rankings’, Martin Ince berkata ada beberapa aspek akan digabungkan untuk menetapkan keseluruhan keputusan untuk universiti di Malaysia.
“Walaupun reputasi akademik kajian kami menunjukkan bahawa banyak universiti di Malaysia semakin dihormati di seluruh dunia, tetapi UM iaitu universiti terkemuka di negara itu (Malaysia) telah menurun, dan juga di bahagian majikan,” tambah beliau.
Beliau berkata pelaburan berterusan dalam tahun-tahun akan datang akan menjadi kunci untuk universiti Malaysia memperbaiki kedudukan mereka selepas ini.
Sumber: The Star
No comments:
Post a Comment