Thursday, July 29, 2010

PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK LUAR KAMPUS

 

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengumumkan bahawa guru siswazah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam politik di Malaysia ini. Secara tiba-tiba timbul pula suara-suara yang mencadangkan golongan mahasiswa turut diberi peluang sebebas-bebasnya untuk terlibat dalam aktiviti politik di luar kampus. Kita tidak tahu selepas ini golongan masyarakat mana pula yang akan dicadangkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik. 2-ipta1

Apa yang ingin ditegaskan disini ialah adakah wajar dengan memberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam parti politik di luar kampus? Adakah dengan memberi peluang ini, maka mahasiswa barulah layak dikatakan sebagai bebas bersuara dan berpendapat? Bagi kami yang masih bergelar mahasiswa ini ada jawapan kepada frasa-frasa tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa, kami berpendapat bahawa adalah TIDAK TEPAT sama sekali pendapat yang mengatakan bahawa untuk membuktikan kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa, maka haruslah diberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dengan politik di luar kampus. Bagi kami sebagai mahasiswa merasakan sekiranya golongan mahasiswa yang rata-ratanya berumur awal 20-an ini terlibat secara langsung dalam parti politik, maka hak dan suara kami hanyalah seperti ‘anjing menyalak bukit’ iaitu sekadar untuk menyukupkan korum atau simbol kebebasan bersuara. Sedangkan hakikatnya golongan mahasiswa yang rata-rata masih muda, junior dan mentah ini tidak boleh sama sekali menyatakan idea atau kata-kata yang bertentangan dengan dasar parti dan kehendak senior2 di dalam parti. Sekiranya kami bertindak sedemikian, kami yakin bahawa dengan mudahnya kami golongan mahasiswa ini akan digantung keahlian atau terus di buang daripada parti. Jadi, dimanakah kebebasan bersuara yang dicanangkan?

Senario kini, melihatkan perpecahan dalam masyarakat mengikut bendera parti. Ramai ahli masyarakat yang tidak bertegur sapa, tidak pergi solat atau kenduri sekiranya berlainan parti dan macam-macam lagi. Jadi, adakah masyarakat ingin melihat perkara-perkara ini diserap masuk ke dalam dunia kampus? Jika orang dewasa pun boleh berpecah mengikut warna parti, inikan pula kami warga mahasiswa yang masih cetek ilmu dan pengalaman di dada.

Kini, golongan mahasiswa sudah banyak dibebani dengan pelbagai tanggungjawab sebagai pelajar IPT. Malah, masa kami cukup terhad dek kerana pelbagai aktiviti luar kelas dan tanggungjawab yang pelbagai. Adakah masyarakat di luar sana ingin melihat bebanan dan tanggungjawab kami terus terbeban sekiranya mahasiswa diberi ruang untuk berpolitik? Dalam masa kini pun masih ramai yang tidak cukup masa dan tidak memperoleh kelulusan cemerlang dalam peperiksaan, ini nak ditambah lagi dengaa223c67a6dc776db7bd4a87d61970f19n tanggungan berpolitik di luar yang sudah semestinya menuntut partisipasi yang menyeluruh untuk sesuatu aktiviti parti.

Bagi kami, berpolitik bukanlah satu-satunya medan untuk memupuk kemahiran mahasiswa. Banyak lagi program yang jauh lebih baik daripada menyertai politik dalam membentuk kemahiran kami seperti program jalinan masyarakat, khidmat sosial dan keusahawanan. Cukuplah sekarang mahasiswa ‘disemakkan’ oleh pelbagai hiburan, budaya couple dan lain-lain yang kesemuanya member ‘godaan’ untuk mahasiswa belajar. Janganlah ditambah dengan aktiviti politik yang akhirnya akan memakan atau menyerap masuk ke alam kampus jua jika mahasiswa diberi peluang.

Kepada yang telah dewasa dan Berjaya dalam pengajian di universiti dan kehidupan, diharap hentikanlah dalam mengemukakan idea-idea yang akhirnya akan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan kalian yang akan tanggung segala kesannya. Sebagai mahasiswa yang sedar, kami berjanji bahawa selepas 3 atau 4 tahun pengajian di universiti, kami akan menceburi bidang politik secara serius. Tetapi, berilah kami ruang dan masa untuk kami menghabiskan dulu pengajian di universiti agar cita-cita kami dan ibubapa kami tercapai.

Penggerak Mahasiswa

7 comments:

Abu Ubaidah said...

Pendapat yang benar.....

Benar-benar merendahkan kebolehan dan kemampuan sebenar mahasiswa. Jangan mengaku tulisan kamu mewakili seluruh mahasiswa, tulis saja ini mewakili diri kamu sendiri, sebab tak semua mahasiswa berpikiran mereka lemah dan lembik seperti kamu.

Bidadari Besi said...

kelakar baca entry ni...
GERAK nampaknya dah makin hlg taring & 'mahasiswa' yg bijaksana.....

GERAK nampaknye trima bulat2 'godaan' pelbagai hiburan & budaya couple?
(yg mmg jelas & nyata memberi impak yg negatif & besar sbg pelajar/mahasiswa)
kenapa GERAK xde buat bantahan mcm entri yg ni?
ke.......ini yg menjadi 'nadi' korg??? huh! tgk pon dah tau, xperlu pkir lama2.

nik luqman said...
This comment has been removed by the author.
nik luqman said...

dimanakah yang dilaungkan GERAK!! GERAK!! anda tidak bergerak.. anda adalah pelajar pasif yang diperalat oleh pertubuhan luar. jangan mengaku mahasiswa perkataan lebih tepat ialah budak sekolah menengah atas sket daripada form 6.. mentaliti budak sekolah.. tolong jangan mengaku mahasiswa.. MAHASISWA?? huhuhuhu.. geli tali perutku ini.. wakakaka.. MPMUM.. badan pengawas level u. BPUM.. budak pengampu TNC UM... wakakaka

Izmil said...

Tulisan ini menyimpulkan bahawa: mahasiswa pemalas, tak ada semangat, tak ada idealisme, cukup bahagia dan complacent, defeatist, lesu, mandom, tak ada kepimpinan, tak ada political stand, wajar direndah-rendahkan kapasiti inteleknya, mesti sentiasa tunduk dan patuh tanpa banyak soal, bacul, doesn't give a damn, tak ada aspirasi jelas, hanya tahu bercinta, otak tak berkembang, bangang, tak faham konsep demokrasi, manja, tak sanggup memikul beban, dan lain-lain lagi.

H. said...

Penulis ni lupa sejarah.
Sudah-sudah la jadi jumud.
Banyakkan baca sejarah politik berkaitan mahasiswa.

Bukan sahaja sejarah di Malaysia, malah di kebanyakan ceruk dunia. Sila ambil tahu impak mahasiswa dalam politik dan pembangunan sesebuah negara.

Jangan kamu lupa kuasa besar mereka di institusi pendidikan tinggi ni. Kalau fikir,di Malaysia, kuasa besar mahasiswa inilah yang menjadikan mereka disekat untuk berpolitik suatu ketika dulu. Sudahnya mahasiswa jadi lesu macam kamu. Sedangkan dulu, mereka pernah mengubah corak pentadbiran negara. Nak tau? Baca & baca lagi.Jangan jadi Pak Pandir.

Nur Madihah said...

good try