KUALA LUMPUR,30 JULAI – Seorang pelajar Pusat Asasi Sains (PASUM), Zulkhairil Azmi Bin Md Bukhari, 19 tahun, telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di Kolej Kediaman Dr. Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke – 12) setelah jatuh dari tingkat 5 di blok B lebih kurang pukul 2.35 petang.
Menurut sumber, Allahyarham yang duduk di bilik B316 ketika itu berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengambil barang di bilik rakannya. Ketika itu, rakannya berada di luar kawasan kampus UM. Kemudian, Allahyarham mengambil keputusan untuk menyeberang ke bilik rakannya melalui balkoni menyebabkannya terjatuh dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah di bahagian kepala.
Keluarga Allahyarham ketika itu telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan pihak polis telah membawa jenazah Allahyarham ke PPUM untuk dibedah siasat. Pada pukul 6.00 petang di surau PPUM telah diadakan solat jenazah untuk arwah. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sementara itu, diminta kepada mereka yang berada ditempat kejadian dan mempunyai gambar-gambar arwah tidak disebarkan atas menjaga maruah keluarga arwah.
“Mahasiswa perlu mengambil kejadian ini sebagai pengajaran dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara ini tidak berulang. Kami (MPMUM) menyampaikan salam takziah kepada keluarga adik Zulkhairi.Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman" ulas YDP MPMUM, Saudara Khairul Anuar Abu Kasim. (dipetik dari http://prostudentum.blogspot.com/2010/07/pelajar-asasi-mati-jatuh-bangunan.html)
No comments:
Post a Comment