Setelah hampir seminggu keputusan pilihanraya MPMUM sesi '09/'10 ditangguh, akkhirnya pada jam 5.05 petang, 3 Februari 2010 bertempat di Auditorium IPS, keputusan bersejarah diumumkan. Segala bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Bantahan dan Jawatankuasa Rayuan yang diketuai oleh TNC Pembangunan, Prof. Khaw Lake Tee.
Dengan itu, keputusan pilihanraya yang dijalankan pada 28 Januari lalu dan diumumkan pada petang hari yang sama adalah SAH dan DIKEKALKAN. Ini bererti Penggerak Mahasiswa berjaya merampas kembali kampus Universiti Malaya dari cengkaman Pro-M. Dan lebih bererti apabila e-voting yang dikatakan mainan HEP ternyata telus dan mempunyai taraf kebolehpercayaan yang tinggi.
Berikut merupakan teks ucapan Pengumuman Rasmi oleh Naib Canselor.
Dengan ini, kami dari meja editor PenggerakMahasiswa mengucapkan Tahniah kepada calon-calon yang berjaya. Terima kasih kepada seluruh jentera-jentera pilihanraya terutama dari 12 kolej-kolej kediaman dan PUSPITA. Kepada seluruh mahasiswa terutamanya kerana memilih untuk pembaharuan. UM is ONE!!!
3 comments:
brapa ramai je yg ada kat meja editor tu? haha
5. tp penulis ttp sorg je...
haha.
Post a Comment