Thursday, February 4, 2010

Jalinan Mahasiswa 2010

Antara program yang sedang dijalankan ketika ini di Universiti Malaya adalah Program Jalinan Mahasiswa 2010 anjuran Kelab Perpaduan dan Perhubungan Kaum UM. Jalinan Mahasiswa 2010 menggabungkan beberapa aktiviti yang merangkumi bidang berbeza seperti ilmiah dan intelektual, sukan dan permainan, kempen kesedaran sivik, kesenian dan kebudayaan serta hiburan terpimpin.

Melahirkan mahasiswa/i berketerampilan tinggi, matang, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berpengetahuan luas merupakan rencana utama penganjuran program ini, selain menjadi medan pengantara dalam menjalinkan hubungan yang erat dan menyatukan mahasiswa universiti ini sendiri. Seterusnya, menyatukan institusi-institusi pendidikan di Malaysia ke arah mencapai konsep 1Malaysia, insyaAllah.

Penganjuran Jalinan Mahasiwa yang disasarkan menjadi acara tahunan anjuran Kelab Perpaduan dan Perhubungan Kaum Universiti Malaya juga diharap akan menjadi satu jenama yang gah di arena perpaduan tanah air. Tuntutan untuk menjayakan program ini terutama dalam melestarikan keunggulan kepimpinan mahasiswa/i, menjadikan amanat dan tanggungjawab yang digalas sebagai jawatankuasa kerja program ini bukanlah satu tugas yang mudah.

Ayuh, berikan sokongan anda kepada Jalinan Mahasiswa 2010 dan doakan kejayaan program ini!

3-5 Februari 2010: Pesta Ilmu dan Teknologi (PC Fair)
3 Februari 2010: Sembang 1Malaysia
3-4 Februari 2010: Kempen Derma Darah & Kempen Keselamatan
4 Februari 2010: Solat Berjemaah & Ceramah Agama
6 Februari 2010: Sukan & Permainan
6 Februari 2010: Mini Konsert Akustik
7 Februari 2010: Majlis Perasmian & Penutupan Jalinan Mahasiswa 2010

Berikut merupakan gambar sekitar aktiviti Sembang 1Malaysia yang telah diadakan malam semalam di Bilik Sidang, Kolej Kediaman Ketiga.



No comments: