Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.
Pilihanraya kampus buat varsiti tercinta ini telah melabuh tirainya. Buat pertama kali Uni. Malaya telah melaksanakannya secara e-voting. Namun masih kedengaran suara-suara sumbang yang masih tidak puas hati dan menuntut agar diadakan pilihanraya semula secara manual. Mengapa ini harus berlaku? Mengapakah Pro-Mahasiswa tidak dapat menerima kekalahan ini?
Persoalannya sekarang mengapa Pro-M begitu tidak menyukai e-voting sampai memutarbelitkan fakta di akhbar mengatakan Penggerak turut menyokong mereka meragui e-voting? Adakah benar mereka meragui ketidak-telusan sistem e-voting atau tidak boleh menerima hakikat kekalahan? Mengikut keputusan yang telah diumumkan, Penggerak Mahasiswa telah menang 21 kerusi manakala Pro-M 17 kerusi dan 3 kerusi telah dimenangi oleh Bebas iaitu di 2 Fakulti Undang-undang dan 1 di Fakulti Pergigian.
Dari perebutan kerusi Umum pula, Pro-M menang 8 dari 9 kerusi Umum. Andai kata e-voting tidak telus, mengapa perkara ini terjadi? Ya, Gerak akui calon Umum Gerak tewas. Seperti tahun lalu, Gerak hanya berjaya menang 1 kerusi Umum sahaja.
Pro-Mahasiswa bukan sekadar di Universiti Malaya tetapi di seluruh IPT lain di Malaysia dan terdapat Pro-Mahasiswa Nasional. Tapi mengapa hanya di UM sahaja kedengaran isu ini? Sedangkan di UMT telah melaksana e-voting sejak 1998 lagi. Ini kerana di UMT, pihak Pro-M menang. Jadi tiada laungan bantah dilaungkan.
Dapat dilihat di sini, Pro-M UM adalah sebenarnya yang bacul. Hanya membuat bantahan apabila telah kalah. Andai keputusan memihak kepada mereka sudah pasti tiada laungan bantah dari mereke akan kedengaran. Ini semua gara-gara mereka sudah dapat mengagak kekalahan dari mula lagi kerana mahasiswa sudah hilang keyakinan terhadap MPMUM Pro-M sesi lalu. Yang hanya gah pada nama. Hanya gah pada populariti murahan di kaca tv, di dada akhbar dan di banner yang digantung merata-rata.
Sedarlah Pro-M. Kata-kata anda sendiri telah menjerat anda. Dulu anda laungkan Hope and Change. Mahasiswa undi anda dan berikan anda Harapan(Hope) mereka. Dan mereka mahukan Perubahan(Change) yang lebih baik. Bukan yang lebih buruk. Kini, apabila Harapan(Hope) mereka tidak anda penuhi, mahasiswa bertindak bijak melakukan Pembaharuan(Change) dengan menolak ideologi anda.
Maka dengan itu benarlah, bukan demokrasi yang mereka mahu dan bawakan. Tetapi demonstrasi dan "demo nak kerusi" sebenarnya. Kerusi MPMUM yang dikejar-kejar Pro-M. Hanya untuk nama dan gah. Bukan untuk mahasiswa.
1 comment:
best entry ni
Post a Comment