Monday, January 25, 2010

Pilihanraya Kampus MPMUM 2009/2010

Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi pilihanraya kampus Universiti Malaya telah dapat dijalankan sebentar tadi. Proses penamaan telah dijalankan dengan sedikit aman dan tanpa provokasi melampau dari kedua-dua belah pihak. Namun, seperti selalu pihak Pro-Mahasiswa tetap dengan sikap mereka untuk melemparkan fitnah. Antara modul untuk mereka menyampaikan fitnah adalah melalui proksi-proksi mereka.

Sebagai contoh UM-today, sebuah media online yang menjadi sumber wadah mereka menyampaikan fitnah. Seorang blogger bebas telah berjaya membongkar salah satu fitnah yang mereka lakukan. Iaitu berkenaan SPKUM dan TNC HEPA mengadakan perjumpaan dengan YB Khairy Jamaluddin. Untuk bacaan lanjut, anda boleh layari tulisan blogger berkenaan di Pondok Usang. Terima Kasih diucapkan kepada blogger ini yang begitu hemah dalam menyampaikan pendapat dan pandangan beliau.

Di sini, kami juga menyeru Jentera-jentera Penggerak Mahasiswa agar terus merapatkan barisan perpaduan dan meneruskan madah perjuangan berdasarkan 4 teras iaitu Agama, Ilmu, Perpaduan dan Kebajikan.

Akhir kata dari kami,
UM is ONE!!!

No comments: