Friday, February 11, 2011
Kursus Persediaan Calon dibatalkan
Kursus untuk persediaan bakal calon yang akan diadakan hari ini (11 Februari) telah dibatalkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, YBhg. Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon sebentar tadi.
Walaubagaimanapun, kursus tersebut akan digantikan dengan “Kursus Penerangan Perlembagaan" dan Sesi Bersama Pengerusi, Lembaga Pengarah Unviersiti (LPU) dan Naib Canselor, Universiti Malaya pada 12 Februari 2011 (Sabtu) di Auditorium Kompleks PerdanaSiswa bermula jam 7.30 pagi.
Kursus tersebut masih lagi menjadi syarat wajib bagi bakal calon yang akan bertanding untuk Pemilihan MPMUM sesi 10/11. Kursus ini juga turut dibuka kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan pihak Pentadbiran Universiti.
Penggerak Mahasiswa bersetuju dengan kursus anjuran Universiti selagi ia tidak memberi keburukan kepada mahasiswa, Universiti dan Negara. Sesuai dengan teras perjuangan Penggerak Mahasiswa iaitu mengutamakan AGAMA,ILMU,PERPADUAN dan KEBAJIKAN.
Penggerak Mahasiswa menjemput seluruh warga kampus untuk menghadiri taklimat tersebut.
DARIPADA MAHASISWA . KEPADA MAHASISWA . UNTUK MAHASISWA
AGAMA | ILMU | PERPADUAN | KEBAJIKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment