Tuesday, February 8, 2011
DI mana keintelektualan pendokong n penyokong Penggerak Mahasiswa?
Salah seorang aktivis Pro-Mahasiswa,Abdul Hadi Munir, mempersoalkan keintelektualan penyokong Penggerak Mahasiswa selepas poster ucapan Selamat Tahun Baru Cina ditampal di sekitar kampus termasuk Kolej-Kolej Kediaman.
Di dalam Facebook aktivis Pro-Mahasiswa :
"Teman- teman, pada pagi ini,saya terjumpa poster happy chinese new year 2011 penggerak mahasiswa di depan pintu..sy berasa hairan mngapa poster itu ditampalkan di pintu bilik sy sedangkan sy n roomate sy mrupakan muslim..mngapa harus diucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada kami y merupakan kaum muslimin y berbangsa melayu..mereka spatutnya meraikan kaum cina yng bakal mnyambutnya tidak lama lg.. saya kira, sekiranya perkara ini boleh berlaku, maka jelas keintelektualan mereka y bergelar pendokong kumpulan penggerak mahasiswa masih kabur kerana masih tidak dapat mengenal pasti sasaran jenis kelompok manusia ttg aktiviti2 yang telah dilakukan oleh mereka. BAGAIMANA mereka dapat memimpin mahasiswa2 di varsiti tercinta ini seterusnya memperjuangkan keintelektualan mahasiswa2 di Universiti Malaya in yang mana mahasiswa2 ini merupakan golongan cerdik pandai yang bakal menentukan hala tuju ummah, bangsa dan negaranya sekiranya mereka sendiri masih kabur akan hal ini..
Kita sndiri boleh melihat n mengkaji sumbangan2 yang telah dilakukan oleh MPMUM sesi 2009/2010 yang mana didominasi PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA dan MPMUM sesi 2010/2011 yang mana didominasi oleh Penggerak mahasiswa Universiti Malaya terhadap mahasiswa2 dan universiti malaya itu sendiri.... kita blh mengkaji pkara ini melalui buku "Benarkan MPMUM Meneraju Perubahan" yang ditulis oleh saudara Farid Jalpah yang menceritkan ttg kualiti pmerintahan MPMUM yang didominasi oleh PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA yang jauh lebih baik daripada pemerintahan MPMUM yang didominasi oleh Penggerak Mahasiswa ataupun ASPIRASI.. " (sumber)
Persoalan ini dijawab oleh Saudara Marwan Kahar dari Kolej Kediaman 9. Beliau merupakan bekas Ketua Pembantu Mahasiswa Kolej Ke-9 sesi lepas. :
"Salam Perpaduan. Salam 1Malaysia.
1. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Ini sudah diketahui oleh sesiapa saja mahupun mereka yang bukan berada di UNIVERSITI. Pakcik2 serta makcik2 di kampung. Juga masyarakat di UNIVERSITI MALAYA khususnya. Mahasiswa bukan sahaja terdiri daripada kawanan MELAYU dan ISLAM.
2. Saya tidak akan mempersoalkan keintelektualan pelajar tahun satu yang masih sangsi dengan batu asas kepada perjuangan beliau. Namun demikian, saya merasa terkilan kerana masih ada lagi kawanan masyarakat PRO-MAHASISWA yang boleh saya katakan hanya menganggap bahawa mereka hidup bersama kawanan mereka tanpa perlu melihat kepada keseluruhan mahasiswa itu sendiri.
3. Adakah pihak PRO-MAHASISWA mendukung kepada pemisahan dengan mewujudkan tembok-tembok yang membezakan antara mahasiswa berbangsa CINA, INDIA dan BUMIPUTERA lain sehingga tidak mahu untuk mengucap kata-kata selamat kepada mereka yang berbeza agama. Apakah "ALL FOR UM" itu hanya untuk masyarakat muslim semata-mata..? Jelas bahawa mereka belum punyai batu asas perjuangan yang kukuh dalam membela nasib mahasiswa.
4. Tidak dinafikan kawanan PRO-MAHASISWA terdiri daripada mereka yang beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU. Hal ini menjadikan mereka jumud tentang hal-hal persekitaran mereka termasuk perayaan agama-agama lain yang di anut oleh masyarakat lainnya. Salahkah jika kita sama-sama ucapkan kepada mereka SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA..?! atau kafirkah SAYA jika ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada mereka yang berbangsa cina..?!
5. Adakah CNY itu budaya MASYARAKAT atau perayaan AGAMA..?! Bagaimana pula dengan masyarakat cina beragama ISLAM..?! Adakah mereka tidak menyambut tahun baru dalam kalendar masyarakat cina..?! Kita masyarakat muslim juga punya tahun HIJRAH yang kita sama-sama raikan dengan jiran berbangsa lain.
6. Poster "HAPPY CHINESE NEW YEAR" yang di tampal memang disasarkan kepada masyarakat berbangsa cina. Hal ini kerana mereka menyambut CNY. Mengapa ABDUL HADI MUNIR daripada PRO-MAHASISWA menganggap bahawa PENGGERAK MAHASISWA menujukan poster tersebut kepada beliau..?! Sedangkan ianya cuma ditampal dihadapan pintu bilik beliau dimana ramai lagi masyarakat cina yang melalui koridor tersebut. Adakah TERSASAR SASARAN seperti didakwa beliau..?! Saya kini mempersoalkan KEINTELEKTUALAN BELIAU dan PRO-MAHASISWA.
7. Saya tidak menganggap hal ini merupakan suatu perkara kecil. Kerana perkara ini memainkan sentimen yang besar kepada masyarakat mahasiswa UNIVERSITI MALAYA dan MALAYSIA.Contoh paling kecil, di kolej pesta tanglung atau pesta angpau. Masyarakat cina dengan berbesar hati megajak kita untuk bersama-sama makan dan minum. Begitu juga yang dilakukan oleh MELAYU, INDIA dan BUMIPUTERA selama ini. Apa yang menyebabkan mereka menjemput berlainan bangsa dan agama..?! untuk MERAIKAN PERPADUAN. Hal ini termaktub dalam batu asas perjuangan PENGGERAK MAHASISWA. Persoalan, "ALL FOR UM" hanya sebagai retorik..?!
8. Adakah hilang ketuanan MELAYU dan ISLAM jika kita langsung tidak MENGHORMATI HATI teman-teman berbangsa lain..?! Sayang, kita sudah lupa akan keakraban yang terjalin selama-lama lebih dari 53 tahun..!!! Kemana lagi hilang kehebatan MAHASISWA jika perkara yang KRITIKAL ini "mereka" tidak mampu fikirkan..?!Atau adakah mereka takut dengan bayang-bayang mereka..?!
9. Perlukah En. Abdul Hadi Munir mengaitkan isu pemerintahan PrO-MAHASISWA dengan PENGGERAK MAHASISWA..?! Sedangkan beliau masa itu belum lagi ada di Universiti Malaya. Daripada mana beliau mendengar cerita..?! Tentulah cerita berat sebelah dari kawanan PrO-MAHASISWA. Kecewa. 2008/2009-calon dari PENGGERAK MAHASISWA bekerjasama dengan pihak PRO-MAHASISWA walaupon PENGGERAK yang KALAH hanya menjadi orang bawahan pada ketika itu di mana PRO-MAHASISWA mendominasi tampuk pimpinan MPMUM. 2009/2010-calon daripada PRO-MAHASISWA yang KALAH memboikot MPMUM dan menubuhkan MPPMUM-kabinet bayangan mereka sendiri..! Bayangkanlah kawan..! Di mana mereka meletakkan yang HAK..?! Kami MAHASISWA memilih kamu..! Tapi tanggungjawab itu tidak kamu jalankan..!"
Kepada Pro-Mahasiswa dan sahabat-sahabat perjuangan:
Anggap sahaja ini sebagai satu teguran untuk memperbaiki kesilapan dan salah tafsir anda terhadap Penggerak Mahasiswa. Perkara seperti ini dapat memburukkan persepsi terhadap gerakan mahasiswa dan mencalar perpaduan sesama mahasiswa yang berbilang kaum. Saudara Abdul Hadi Munir adalah pelajar Tahun Pertama yang menyokong sepenuhnya perjuangan Pro-Mahasiswa.
AGAMA | ILMU | PERPADUAN | KEBAJIKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cukup bijak ke?...kalu dah tahu kena tipu buta-buta tapi masih setuju dgn sistem.4E..sedang FSKTM student dah kata sistem 4E ni boleh manipulate....ermmm,kita mahasiswa,budak budak tadika,guna
kan kebijaksaan y ada dgn sebaik nya..PENGGERAK..
Saya adalah batch 2004-2008. Saya tidak faham tindakan Sdra Abdul Hadi Munir yang mempertikaikan poster CNY yang di tampal di pintu dan sekitar UM. Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahkan beliau 100% kerana beliau tidak didedahkan dengan citra budaya di UM ataupun beliau sendiri mengambil keputusan untuk tidak didedahkan. Sebagai mahasiswa Tahun Pertama, Sdra. Abdul Hadi perlu lebih banyak untuk menyertai aktiviti & program yang dijalankan di KK anda. Ini supaya anda akan didedahkan bagaimana untuk hidup dalam kawanan pelbagai bangsa dan agama.
Semasa saya belajar dulu, setiap kali perayaan, akan ada rakan2 yang mengadakan 'Open Room' di KK. Dimana rakan2 saya itu akan memberikan hadiah kepada saya seperti tanglung, kuih bulan, sepeket besar maruku, vadee dll. Dan saya sendiri, apabila balik dari perayaan, tidak lupa membawa ketupat dan kuih2 melayu untuk 'Open Room' saya. Dimana kita akan memperoleh suasana sebegini selain di alam kampus?!
Saya berharap, Sdra Abdul Hadi tidak melatah dengan tindakan menampal poster CNY di pintu sdra. Sepanjang 4 tahun pengajian saya dulu, inilah kali pertama saya mendengar complain tentang hal tersebut. Sekiranya Sdra tidak sukakannya, Saudara boleh menggumpal dan membuangnya. Tidak perlu menulis di FB dsbnya. Ini secara tak langsung boleh menjentik perasaan kaum lain.
Sekian.
Post a Comment