Sunday, July 25, 2010

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir


Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak. Dr. Mahathir anak mereka yang bongsu


Keistimewaan Tun Dr. Mahathir


Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner.


Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.


Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

Wawasan 2020


Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.


Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.


Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru



  • Dasar Pandang Ketimur
  • Dasar Penerapan nilai-nilai Islam
  • Dasar Kependudukan 70 juta
  • Wawasan 2020
  • Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".


  • Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir

    Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO.
    Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr. Mahathir juga pernah mengambil tindakan berani yang mengejutkan ramai pihak dengan membubarkan UMNO untuk menyelamatkan politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah parti baru yang dinamanak UMNO Baru yang dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.

    Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan.

    Dipetik daripada: "http://www.freewebs.com/sejarahkita/drmahathir.htm"

    1 comment:

    ahmad firdaus said...
    This comment has been removed by the author.