Salam Pembaharuan.
Alhamdulillah, setelah seminggu berakhirnya Pilihanraya Kampus bagi Universiti Malaya kabinet MPMUM bagi sesi 2009/2010 telah siap dibentuk. Kabinet kali ini akan membawa arus pembaharuan.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, Majlis Watikah Perlantikan MPMUM sesi kali ini akan diadakan pada hari Jumaat ini, 12 Februari 2010 jam 5.30ptg bertempat di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS).
Buat pengetahuan semua mahasiswa, tiada termaktub dalam AUKU dan Statut Universiti bahawa pemenang bagi kerusi umum MESTI menjadi Exco Tertinggi dalam MPP. Oleh itu dalam mesyuarat pembentukan kabinet yang telah diadakan malam semalam, beberapa pemenang kerusi fakulti telah dilantik untuk memegang jawatan dalam Exco Tertinggi. Untuk rujukan kisah lalu mengenai pembentukan kabinet tanpa pemenang kerusi umum sila lihat sini.
Kami dari nadi Penggerak Mahasiswa mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tanggungjawab dengan penuh hemah dan dedikasi kepada semua MPP kali ini tidak mengira dari pihak mana sekalipun. Nantikan laporan penuh kabinet MPMUM dalam masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment