Thursday, June 25, 2009

10 orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di hari kiamat kelak

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ....
Berpesan-pesan untuk kebaikan...

kredit kepada Dr.TATM

5 comments:

realmibu said...

adios,ntahla..yang aku tau la, aku tak tau la mayat sapa yang xreput tu..tp yang aku konfem,mayat yang reput tu mesti mayat penggerak.. especially mayat si helmi tu yang akan reput..kurus dah kurus,tggal nak reput je..mulut dah bau longkang, so,sesuai la ngn budak-budak penggerak yang munafik konon baik time jadi PM time MHS, tapi macam haram...pegang sana sini, ramas itu ini, macam bapak korang punya bini..ape pun selamat mereput kepada penggerak mahasiswa.. aku cadangkn korang tukar nama la.. bukan penggerak mahasiswa, tapi PEREPUT MAHASISWA.. tukang reput tu Pak Raie pereput Mario

realmibu said...

yang aku konfem, Pak Raie, PM kolej, Kalam Azad, Imran HEP, Helmi MPM Longkang, dan barua-barua Penggerak memang antara yang akan mereput dulu

siswintelek07 said...

terima kasih sebab menuduh2 org..
cube bandingkan blog penggerak ngn pro m..
blog mane yg banyak kene maki?
haha, 4 sure budak2 gerak nye blog..
ni bermakne, budak2 pro m tak profesional lansung..
tau marah, pastu nak maki, pastu kaitkan pentadbiran ngn penggerak, jadi jik jtk pastu tak puas hati, join pro m... apa kes?
rasional sikit...

realmibu said...

nabi Bawak Islam dan dituduh sebagai sesat sebab kaum die mmang jahiliyah.. tapi masalahnye korang ni dah memang jahiliyah...1st thing first..kepada kengkawan semua,tgok jelah muka budak2 gerak ni..mmang xada nur langsung..hihi..dgr kata subuh pun kul 8..itupun kalu ada kelas kul 8. kalu kelas kul 11,kul 11 la subuh korang..huhu..itupun kalu korang bangun subuh la.huhu.. chow

siswintelek07 said...

org yang tidak menggunakan akal fikiran ngn bijak..
akan menjadi pengomen2 seperti di atas...
harap maklum...
budak pro M, kalo buat dajal pon masuk syurga...cam tu kah?