Sambungan dari kisah MPMUM mempergunakan atau dipergunakan. Ini merupakan maklumat terbaru yang dikirimkan oleh Rimau.Malaya kepada GERAK.
Semalam 29 Jun 2009, sekali lagi tercetusnya insiden yang tidak diingini di Kolej Kediaman Za'ba. Insiden ini tercetus selepas Slot Interaksi MPMUM bersama warga baru Kolej Za'ba apabila seorang mahasiswa dan seorang mahasiswi yang tidak berkenaan terlibat sama dengan sesi ini. Mereka ini menggunakan tag kebenaran berwarna merah yang tertulis AJK Dokumentasi Biro Penerbitan dan Penerangan MPMUM. Di sini ditunjukkan perbezaan tag haram dan tag yang dikeluarkan Bahagian HEP dan diluluskan ayahanda TNC.
Atas tindakan pantas PM Sentral disertai seorang pegawai HEP, 2 orang pelajar ini telah dihalau dengan kerjasama pihak keselamatan. Pihak keselamatan juga telah mengarahkan kedua orang pelajar ini agar segera keluar dari kampus dan tidak mengganggu perjalanan MHS kali ini. Sekali lagi diulangi, HANYA PM Kolej serta Pembantu Kolej, PM Sentral dan 33 orang MPMUM sahaja pelajar yang dibenarkan berada di dalam kampus dan terlibat dengan urusan MHS. Namun, terdapat penyalahgunaan kuasa oleh MPMUM apabila mengeluarkan tag kebenaran sendiri TANPA KELULUSAN Bahagian HEPA. Pihak HEP sudah cukup bertimbang-rasa apabila meluluskan permohonan MPMUM untuk mengeluarkan 33 tag MPMUM untuk MHS kali ini sedangkan hanya 10 sahaja kuota yang dibenarkan untuk MPMUM. Namun, atas tindakan "terlalu cerdik", MPMUM mengeluarkan tag kebenaran sendiri dan menganggap kuasa mereka melampaui kuasa Bahagian HEP yang diterajui Datuk Azarae ayahanda TNC.
YDP MPMUM sendiri antara yang terlibat dalam pengeluaran tag kebenaran ini apabila mengiktiraf sukarelawan ini semasa hari pertama MHS(rujuk sini). Ditambah pula, hasil dari siasatan Rimau.Malaya sebilangan besar ahli MPMUM tidak mengetahui mengenai perkara ini termasuk Timbalan Setiausaha 1, Nurul Fitrah.
Sejurus tamat Sesi Interaksi MPMUM di Kolej Za'ba, MPMUM mengedarkan borang pendaftaran keahlian MPMUM. Namun yang diragui disini, apakah relevan yang untuk memberikan gambar serta-merta pada slot yang hanya selama 1jam? Juga apakah relevan meminta butir-butir peribadi ibubapa termasuk nombor telefon untuk menjadi ahli MPMUM?
Dan mengapakah pelajar-pelajar baru ini dipaksa untuk mengisi dan memulangkan borang itu serta-merta?
Lebih memalukan MPMUM, apabila penyelia Kolej Za'ba meminta kedua orang yang tidak berkenaan terbabit meninggalkan kolej serta membuang gambar-gambar yang diambil ketika di kolej terbabit, seorang Exco MPMUM telah melenting dan mengancam keselamatan salah seorang dari staf Kolej Za'ba. Ini mengakibatkan PM Sentral, Bahagian HEP dan Keselamatan untuk campur tangan. Ini jelas menunjukkan terdapat motif tersembunyi diantara beberapa orang dalam MPMUM untuk membawa anasir yang tidak sepatutnya ke dalam kampus semasa MHS. Persoalan akan hampir terjawab, MPMUM: MEMPERGUNA, DIPERGUNA ATAU GUNA-GUNA??? Rimau.Malaya akan terus menyiasat.
5 comments:
keraguan muncul,bukan kah SEMUA pelajar undergraduate UM scara automatik adalah layak menjadi AHLI MPMUM??
so,kenapa perlu lg borang keahlian sehingga kan memerlukan butiran peribadi terlalu detail?????apa yg ingin MPMUM lakukan dgn maklumat2 sumua tuh?inilah yg bakal menimbulkan dan mencetuskan KEMUSYIKILAN byk pihak kelak..
erm,ternyata MPMUM mempunyai modus operandi tersirat pd MHS kali ni..wasalam.
Aper boleh buat...bila sudah mnjadi balaci kepada anwar ibrahim dn husam musa...maka segala cara yang boleh membawa kepada faedah akan digunapakai...merekkan telah diajar dengan segala ilmu penipuan...
sekarang peranan harimau UM untuk mengaum di telinga mereka ini untuk mengatakan kebenaran dan segala salah PMIUM...
emmm, sebenarnya bukan MPMUM keseluruhannya, tetapi ada bahagian MT dalam MPMUM yg berlagak wat kpala sendiriiii, haprak punya orang...pangkat tinggi tp haprak, wt kputusan sendiri, ingat kpm bodo ke...,mujr dalam MPMUM ada orang kuat penggerak yg akan berjuang membanteras agenda haprak sebilangan besar ahli MPMUM dr Pro-m yg mmg dknali pndai berlakon bek d dpan, padahal d belakang lbe dr setan...hdup pnggerakkkk mahasiswa...
macam haram, hangpa tahun lepas pun suruh budak2 isi borang keahlian jugak, takkan lupa kot..hangpa buat apa masa minggu promo taun lepas???menyalak kat depan hep tu??
Assalamualaikum, salam persahabatan.
Jangan gaduh sangat dengan MPMUM, sebab separuh MPMUM pun ada Penggerak.
Saya tahu pihak tertinggi hampir semua pro-M, masing2 buat provokasi.
Tapi bagi saya, kalau ada salah satu pihak mula berbaik, dua-dua boleh jadi berbaik.
Apa yang penting, kebajikan mahasiswa terbela.
Wujudnya berlainan paksi di UM untuk sama-sama memahami.
Saya rasa tak ramai lagi pihak pro-M datang blog ni, apa kata promote pada mereka.
Jadi, ada sebarang isu, boleh selesai bersama.
Maaf kalau ada silap fakta atau bahasa ya.
~Neither PRO-M nor PENGGERAK~
Post a Comment