Sunday, June 28, 2009
MPMUM: diperguna, memperguna atau guna-guna?
MHS 2009/2010 telah bermula hari ini, 28 Jun 2009. Namun perjalanan MHS kali ini dikotori dengan beberapa insiden tidak sepatututnya. MPMUM dipergunakan? atau mempergunakan? atau telah terkena GUNA-GUNA?...
Insiden ini tercetus apabila sekelompok pelajar yang TIDAK sepatutnya berada di dalam kampus semasa MHS kali ini telah dikesan berlegar-legar di dalam kampus. Pelajar yang boleh berada di dalam kampus semasa MHS hanyalah PM Kolej termasuk Pembantu Kolej, PM Sentral dan MPMUM. Apabila ditegur oleh Pembantu Mahasiswa (PM) Sentral, mereka ini menunjukkan tag kebenaran SUKARELAWAN MPMUM. Setelah diselidik oleh PM Sentral, setiap kolej kediaman mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang sukarelawan ini. Ditambah dengan sukarelawan yang berlegar-legar di setiap zon ini membawa kepada jumlah hampir kepada 80 orang. Yang lebih menarik lagi, Tag Kebenaran yang dikeluarkan oleh HEP bertarikh 28 Jun - 3 Julai, tetapi sukarelawan ini mempunyai tag yang bertarikh dari 28 Jun - 5 Julai. Mengapa sukarelawan ini mempunyai tag yang bertarikh lebih lama dari tag yang dikeluarkan oleh pihak HEP untuk PM Kolej, PM Sentral dan MPMUM.
Menurut sumber Rimau.Malaya, pihak MPMUM sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan skuad sukarelawan ini. Menurut sumber dari dalam MPMUM sendiri, Exco Penerbitan juga tidak mengetahui mengenai sukarelawan ini yang mengedar risalah mengenai MPMUM. Ini membuktikan bahawa risalah yang diedarkan ini merupakan risalah haram yang tidak diluluskan oleh mana-mana pihak termasuk Bahagian HEP dan MPMUM sendiri.
Antara insiden yang tercetus akibat kehadiran sukarelawan ini adalah sikap sambil lewa mereka. Seperti yang berlaku di Kolej Kediaman Za'ba, apabila beberapa harta pelajar 'hilang seketika' kerana sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa mereka-mereka ini. Ini mengakibatkan kekecohan apabila Pengetua dan Penyelia Kolej Za'ba dipersalahkan atas kehilangan barang-barang terbabit. Namun, atas tindakan segera Skuad Khas PM Sentral bersama-sama Penyelia Kolej Za'ba barang-barang terbabit telah ditemui di hadapan Kolej Kediaman Ketiga ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan.
Adakah benar mereka-mereka ini yang bergelar sukarelawan boleh berada di dalam kampus?Adakah benar mereka-mereka ini telah dipilih oleh MPMUM? Atau adakah MPMUM telah digunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya? Rimau.Malaya akan terus menyiasat dan membongkar kesalahan ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
MPMUM xtau pasal isu ni...TETAPI, ada sebahagian tertentu dalam mpmum sendiri yang berjawatan tinggi terlibat dalam sukarelawan mpp...kalo kita lhat sukarelawan mpp 2 sume budak budak pro m, so xkshla kalo saya katakan bahawa ini ada kaitan dengan pihak mpmum yang tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk niat buruk atau agenda yang tertentu...
sukarelawan mpp?????!
wat da...~
aku xpham la korang ni budak2 gerak a.k.a. balaci UMNO dan Be End ni.. bayangkanla, mak bapak angkat barang berat-berat..dah la tmpt parking jauh.. korang ade ke nak tolong? ha,jawab skit..konon ngauman konon.. ape korang ngaumkan? korang bukan mengaum pun..menyalak adelah..macam ape la korang ni..nak kata bengap tapi korang ni mahasiswa..mybe korang dah tertipu kot rasanye.. cuba bagitau aku ape korang buat time MHS aritu? setakat jaga pagar xbagi sukarelawan masuk angkat barang..tapi selamba babi je tgok makcik pakcik yang tua angkat barang berat2..jalan jauh plak tu.. hmm..ntahla..korang jadi mak bapak nanti korang tahu la..yang aku pasti..mak ayah yang datang aritu sangat bertrima kasih kpd sukarelawan ni..buat keje xde bayaran pun..bukan macam korang.. Jd PM bkn sbb nak tolong adik-adik..tapi dok kejar duit je
inilah dia pengkritik2 yg tidak menggunakan akal dengan bijak...
sila kritik dengan bijak dan berhemah..
bukan menyalak tak tentu pasal...
sape yg menyalak skrg ni?
lu pikir lah sendri...
salam...
Post a Comment