Sunday, February 20, 2011

Banner calon Penggerak Mahasiswa disabotaj




Banner-banner calon yang digantung di sekitar kampus telah DISABOTAJ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak ini kelihatan seperti begitu terdesak untuk memenangi Pilihanraya Kampus pada kali ini.

Seperti yang diketahui, Pro-Mahasiswa menuntut supaya Pilihanraya Kampus kali ini berjalan dengan ADIL dan BERSIH. Tetapi perbuatan kotor ini berlaku sehingga menimbulkan kemarahan seluruh mahasiswa.

Poster-poster calon di sekitar kampus juga dipotong dan dibuang. Ada pihak yang IRI HATI dengan kemenangan awal Penggerak Mahasiswa dari segi berkempen sehingga ada yang sanggup main kotor untuk menjatuhkan Penggerak Mahasiswa.

Calon-Calon Pilihan Mahasiswa

Calon-Calon UMUM anda :


Calon FAKULTI anda :




DARIPADA MAHASISWA . KEPADA MAHASISWA . UNTUK MAHASISWA

AGAMA | ILMU | PERPADUAN | KEBAJIKAN

Info : Tarikh dan Tempat Mengundi

Tarikh PENGUNDIAN bagi Pemilihan MPPUM sesi 10/11 adalah pada 21 Februari 2011 (ISNIN) bermula Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tempat PENGUNDIAN adalah seperti yang tertera di notis-notis yang ditampal di setiap Kolej Kediaman dan Fakulti :





Jangan lupa bawa Kad Matrik dan Kad Pengenalan masing-masing.

Tunaikan tanggungjawab dan hak anda sebagai pengundi.
Anda adalah PENENTU bagi masa depan Universiti.

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidurrasul satu bid'ah?


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Setiap kali tibanya tanggal 12 Rabiul Awal, seluruh umat Islam pasti merasakan bahawa tarikh ini amat bermakna terhadap kita semua apatah lagi terhadap agama Islam itu sendiri. teringat zaman sekolah dulu, tibanya tarikh keramat ini, pihak pentadbiran sekolah biasanya akan mengadakan perarakan maulidurrasul ( bukan demonstrasi), ceramah perdana maulidurrasul, tayangan slide, persembahan Islamik dan sebagainya. namun, saya hairan apabila melangkah ke Universiti, sambutan maulidurrasul ini tidak semeriah zaman persekolahan dulu.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa sambutan maulidurrasu adalah satu bid'ah. Bid'ah secara ringkasnya boleh ditakrifkan sebagai perkara-perkara yang tidak dulakukan oleh Rasulullah. Ramai tokoh Islam telah membahagikan bid'ah ini kepada pelbagai kategori. antaranya ialah, tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i, yang telah menyebut dalam kitab-kitab mereka istilah Bid‘ah Hasanah atau yang hampir dengannya, seperti Bid‘ah Mahmudah (بدعة محمودة), bid‘ah wajib, bid‘ah sunat dan bid‘ah harus. Antara tokoh tersebut ialah al-Imam al-Syafi’i (204H), al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam (660H), al-Imam al-Nawawi (676H) dan al-Imam al-Sayuti (911H) rahimahumullah. Akan tetapi apabila diteliti ucapan-ucapan mereka, kita dapati bid‘ah yang mereka maksudkan merujuk kepada Bid‘ah Hasanah dari sudut bahasa, bukan bid‘ah dari segi syarak.

Al-Syafi‘i berkata, “Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (مذمومة) (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.” al-Syatibi pula menyifatkan bid‘ah dari segi istilah syarak tidak sepatutnya dibahagikan kepada hasanah (baik) dan saiyyiah (buruk). Yang benar kesemuanya adalah saiyyah dan dhalalah (kesesatan).

Persoalan sama ada sambutan Maulidurasul ini bid’ah atau pun tidak sudah lama berlegar dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila kita semakin mendekati tanggal 12 Rabiulawal. Kedua-dua pihak, sama ada pihak yang membid’ahkan sambutan tersebut mahu pun pihak yang cuba mempertahankan amalan tersebut, telah berusaha untuk mengemukakan hujah masing-masing, walau pun memang kita terpaksa akui, sebahagian hujah tersebut tidak dapat diterima.

Namun, sebagai manusia yang dianugerahkan akal seharusnya berfikiran secara progresif dan rasional dalam hal ini. Di Malaysia, pada kebiasaannya, sambutan maulidurrasul disambut secara besar-besaran tidak kira di peringkat kampung, institusi pendidikan, bahagian, negeri mahupun peringkat kebangsaan. pelbagai aktiviti diadakan dan antaranya ialah perarakan maulidirrasul( sambil memegang sepanduk dan bersalawat), ceramah perdana, cuti umum dan banyak lagi.

Saya percaya, rakyat Malaysia amat terbuka dalam soal ini kerana rata-rata berfikiran positif dan menerima sambutan ini. sebagai contoh, hari ulang tahun sendiri boleh disambut, kenapa hari kelahiran rasulullah tidak? tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga bersifat ilmiah dan menyemarakkan lagi semangat dan ruh Islam di bumi Malaysia. maka, di mana salah dan silapnya sambutan maulidurrasul ini? anda jawab.

Tambahan lagi, banyak manfaat yang akan kita perolehi melalui sambutan maulidurrasul ini. Antaranya ialah menguatkan lagi rasa cinta kita kepada Baginda SAW, mengingatkan kita supaya sentiasa beramal akan ajaran dan sunnah Baginda, menyatupadukan umat Islam, lambang kekuatan Islam di mata masyarakat lain dan banyak lagi. maka, dalam hal ini, saya berpendapat tidak salah jika kita merayakan sambutan maulidurrasul. Dengan syarat, aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersifat ilmiah dan tidak melanggar syariat.segalanya juga sebenarnya bergantung kepada niat kita.sesungguhnya islam itu mudah. wallahua'lam. penjernihan dan pencerahan daripada sahabat sekalian juga amat dialu-alukan. terima kasih.


Penulisan : Mohd Syahrul Sopian Sulaiman

Jangan ganggu calon BEBAS


Buat pertama kalinya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) akan mengangkat calon BEBAS bagi mewakili Akademi tersebut di dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 10/11 akan datang.

Penyokong bagi calon BEBAS APIUM itu merangkumi hampir majoriti pelajar yang menuntut di Akademi itu. Mereka tidak menyebelahi mana-mana pihak dan gerakan pelajar yang wujud di Universiti Malaya ini.

Calon BEBAS APIUM tidak dapat lari daripada disabotaj, diugut dan diancam oleh pihak-pihak tertentu agar mereka menarik diri daripada bertanding untuk Pemilihan MPMUM akan datang.

Penggerak Mahasiswa ingin menyeru seluruh mahasiswa dan sahabat-sahabat seperjuangan supaya MENGHORMATI perjuangan calon BEBAS di APIUM dan Fakulti-fakulti lain. Penggerak Mahasiswa berharap agar Pemilihan MPMUM kali ini dilakukan secara bersih dan adil.

AGAMA . ILMU . PERPADUAN . KEBAJIKAN

DARIPADA MAHASISWA . KEPADA MAHASISWA . UNTUK MAHASISWA

Friday, February 11, 2011

Pro-M dinasihat jangan permainkan mahasiswa


Penggerak Mahasiswa ingin menasihatkan rakan seperjuangan, Pro-Mahasiswa supaya tidak mempermainkan mahasiswa dengan berita/isu yang tidak sahih.

Pro-M mendakwa Kursus Persediaan Calon anjuran Universiti dibatalkan atas sebab pihak Penggerak Mahasiswa tidak cukup calon. Pro-M juga mendakwa pihak Universiti berat sebelah kerana lebih memihak kepada Penggerak Mahasiswa. sumber

Pro-M telah mengeluarkan kenyataan yang didapati daripada khabar angin yang tidak pasti sumbernya. Jika ia tidak benar, berita tersebut sudah menjadi satu FITNAH dan menipu seluruh mahasiswa kampus.

Jika benar pihak Universiti menyebelahi kami, semua tuntutan kami pasti dipenuhi. Tetapi ada juga tuntutan kami berkenaan pilihanraya kampus tidak diterima :

1) Penggerak Mahasiswa menuntut supaya tempoh berkempen bagi calon dilanjutkan.
2) Penggerak Mahasiswa memohon supaya bengkel Persediaan Calon dibuka kepada semua pelajar kampus.
(tuntutan kami ini tidak diterima, tetapi dibawa oleh PMIUM dan akhirnya diterima oleh Naib Canselor.)
3) Penggerak Mahasiswa menuntut supaya penamaan calon dilakukan secara manual termasuk proses bantahan dan rayuan.
4) Penggerak Mahasiswa menuntut supaya mengurangkan bayaran yang dikenakan untuk melakukan proses bantahan, rayuan, dan cagaran calon.


Penggerak Mahasiswa menggunakan saluran dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Universiti supaya tuntutan mahasiswa semua dipenuhi.

Penggerak Mahasiswa ingin menegur pihak Pro-M supaya sentiasa menghormati pihak atasan, Universiti dan mahasiswa. Perkara yang ingin diusulkan boleh dibawa kepada perbincangan, bukan di jalanan.

Penggerak Mahasiswa memohon supaya Pro-M menarik balik kenyataan yang berunsur FITNAH tersebut kerana ia sendiri memburukkan gerakan mahasiswa yang ada di Universiti Malaya ini. Kami juga memohon supaya Pro-M bersama-sama Penggerak Mahasiswa mengharungi Pilihanraya Kampus kali ini secara bersih dan adil.

Penggerak Mahasiswa kini sudah bersedia untuk menghantar semua bakal calon bagi Pemilihan MPMUM sesi 10/11.

DARIPADA MAHASISWA . KEPADA MAHASISWA . UNTUK MAHASISWA