Tuesday, February 1, 2011

Rusuhan Mesir : Doakan Pelajar Malaysia Selamat



Seluruh dunia telah heboh tentang pergolakan yang berlaku di Mesir. Disebabkan oleh Kerajaan yang zalim dan korup, rakyat Mesir bangkit dan mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Akibat daripada rusuhan yang semakin menjadi-jadi, Kerajaan Mesir terpaksa menyekat dan memutuskan talian internet dan telefon bimbit.

Apa yang dirisaukan adalah pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana. Ada sebahagian pelajar Malaysia telah selamat pulang ke tanah air. Tetapi masih ada segelintir pelajar yang terkandas di tengah-tengah pergolakan antara rakyat dan Kerajaan Mesir.



Keduataan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sedang berusaha keras untuk memastikan keselamatan pelajar kita di sana. Setakat ini semua pelajar Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat. Semoga Kerajaan Malaysia mempercepatkan proses membawa pulang pelajar Malaysia dalam keadaan selamat.

Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita yang berada di sana. Semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.

No comments: