Salam sekalian pembaca.
di saat dan ketika ini hamba terpanggil untuk menulis lagi. bila inbox hamba menerima 1 emel menarik. salinan kenyataan media dari MPPMUM iaitu Majlis Pergerakan Pas Mahasiswa Universiti Malaya yang telah hamba ceritakan semalam. kenyataan media 4 muka surat itu ternyata tulisan mentah di arena majlis perwakilan. kenapa? mungkin ditulis oleh insan bukan warga universiti atau hanyalah seorang pak kaduk di dalam kem pro-mahasiswa khususnya MPPMUM. tapi bagi hamba, penulis kenyataan media ini memang merupakan BUKAN warga UM. kerana apa? lihat lampiran gambar yang kedua.
bukti hamba mengatakan penulis BUKAN warga UM adalah kesalahan pada ejaan nama YDP sepatutnya adalah ANUAR bukannya ANWAR. seterusnya adalah Setiausaha Dilantik, Rahmah Husna bukanlah dari Fakulti Sains, sebaliknya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. jelas, terang dan nyata di sini. andai anda warga UM yang kerap mengikuti perkembangan MPP, dan anda akan menulis kenyataan sebegini, sepatutnya fakta yang anda sampaikan haruslah tepat.
dan kini isu kabinet dari barisan pemenang kerusi fakulti digembar-gemburkan. isu lapuk kembali dimainkan oleh Pro-Mahasiswa. mungkin aktivis Pro-Mahasiswa tidak pernah mengkaji terlebih dahulu sejarah perjuangan mahasiswa di UM.
tahukah anda?terdapat kisah menarik sendiri ketika MPMUM 1997/1998 di mana YDP dilantik adalah Wan Jemizan Wan Deraman calon PMI(kini Pro-Mahasiswa) . selesai pilihanraya kampus muncul ura-ura Wan Jemizan menjadi pilihan YDP dan mendapat tentangan belakang tabir dengan alasan serupa yang dimainkan sekarang. bagaimana wakil yang dipilih oleh mahasiswa fakulti menjadi YDP kepada satu universiti. namun dek kerana termakan racun PMI bahawa Wan Jemizan merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM. dia adalah ketua segala ustaz. dan PMI akan menaung MPMUM ketika itu, maka segala kritikan dan bentakan di diamkan.
dan akhirnya, buat pertama kali dalam sejarah UM, YDP MPMUM dipegang oleh seorang calon fakulti. oh ya, tidak lupa dia juga calon fakulti yang MENANG TANPA BERTANDING!
namun tidak timbul soal fakulti atau umum, tidak muncul persoalan yang dilantik itu secara diktatorkah, demokrasi terpimpinkah, apa lagi temberanglah. yang penting YDP, PMI yang punya.
kini, mereka timbulkan kembali isu seakan-akan ini. bila calon umum sahaja layak menjadi MT. perlantikan di dalam MPMUM dilakukan secara undian majoriti. bukan undian terus dari mahasiswa, tetapi menerusi wakil2 yang telah menang dari pilihan mahasiswa. dalam mesyuarat pembentukan kabinet, jika si A mencadangkan si B sebagai Bendahari contohnya, dan mendapat majoriti dari AHLI YANG HADIR, maka si B lah pemenang dan akan menjawat jawatan bendahari. tapi, MPPMUM sendiri tidak hadir pada mesyuarat kedua pembentukan kabinet, bagaimana mereka hendak mendapat jawatan yang diidam-idamkan?
tapi bagi hamba, jawatan apa sekalipun yang hamba terima akan hamba terima tidak kira jika hamba pemenang utama sekalipun. sekecil-kecil peluang untuk berbakti akan menjadi besar jika disulami dengan niat dan nawaitu yang betul dan baik. isnyaALLAH.
salam...
"Artikel diatas dipetik dari sebuah blog bebas PondokUsang."
No comments:
Post a Comment