Thursday, October 8, 2009

Tahniah Universiti Malaya


Universiti Malaya kembali ke kedudukan 200 terbaik di dunia apabila menduduki kedudukan ke 180 dalam Times Higher Education. Universiti Malaya yang sebelum ini berada di kedudukan ke 230 telah melonjak sebanyak 50 kedudukan semenjak Datuk Dr. Ghauth Jasmon mengambil alih tugas sebagai Naib Canselor. Dalam pertemuan yang dilakukan bersama Datuk, beliau berkata semoga peningkatan yang diperolehi menjadi tanda kebangkitan UM dan membakar semangat pelajar dan staf untuk terus membawa UM menuju kecemerlangan. Dalam ucapan Datuk juga ketika Majlis Pelancaran Alumni UM Chapter Melaka pada 3 Oktober lalu, beliau menyatakan kedudukan UM merupakan Key Performances Index atau KPI kedudukan beliau sebagai Naib Canselor. Di mana beliau menyatakan andai kedudukan UM gagal diperbaiki beliau dengan rela hati akan melepaskan jawatannya.

Mengikut kedudukan yang dikeluarkan oleh Times Higher Eduacation sebentar tadi, UTM juga memperbaiki kedudukan apabila menduduki kedudukan ke 320 berbanding 356 tahun lalu. Senarai lengkap 200 universiti terbaik dunia boleh dilihat di sini dan berita kedudukan universiti-universiti tempatan boleh dilihat di sini. Kami warga UM berbesar hati menyokong kepimpinan Naib Canselor. UM is ONE towards 1Malaysia.

No comments: