Topeng muka ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian berwarna 'Putih' mempunyai lapisan penapis. Cara yang betul untuk memakai adalah:
- Jika anda demam/selsema dan seringkali bersin, bahagian putih berada disebelah dalam (melekap di muka) dan bahagian berwarna di sebelah luar. Ini bagi memastikan bila anda bersin virus tidak akan tersebar.
- Jika anda tidak demam, bahagian putih perlu berada di sebelah luar bagi menapis mikro-organisma dari menjangkiti anda.

1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk.
No comments:
Post a Comment