Monday, September 14, 2009

Ini Fitnah

Dipetik dari kiriman Fahmi Adilah, Presiden KK11 merangkap Jurucakap SPKUM 09/10.


"UM-TODAY hari ini menyatakan bahawa wang zakat anak yatim di seleweng di KK11.Ribuan ringgit yang diberikan Pusat Zakat(sebenarnya Bahagian Baitulmal MAIWP,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dikatakan untuk kegunaan dan kepentingan diri sendiri di KK11.

Ini semua FITNAH belaka dan tiada kebenaran langsung atas perkara ini.Sejumlah wang yang bakal diterima itu(belum dapat pun lagi) ingin disalurkan kepada organisasi projek tersebut adalah UNTUK MENJALANKAN PROGRAM IFTAR JAMAIE BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, bukan untuk DIAGIHKAN KEPADA ANAK YATIM. Ia adalah perkara yang berbeza di situ.Jadi wang tersebut tidak disonglap satu sen pun oleh pentadbiran KK11.Sejumlah wang tersebut hanya untuk menjayakan program bersama anak-anak yatim seperti pemberian sejumlah wang,penyediaan khemah,juadah berbuka puasa,cenderamata dan lain-lain yang diuruskan oleh pentadbiran kolej serta organisasi projek!Program tersebut bukanlah untuk JIK JTK atau pentadbiran KK11,tetapi semuanya untuk anak-anak yatim semata-mata.Perkara ini juga telah diberitahu kepada pegawai MAIWP.

Isu JIK JTK mengugut pelajar tahun satu itu juga tiada kebenarannya.Isu ini hanya untuk menjatuhkan 'kekuatan' JIK JTK KK11. Semua ini mungkin salah faham.Adakah kerana permainan politik mereka berkata begini?Pihak JIK/JTK mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyebarkan laporan palsu ini. Penghuni kolej ke-11 lebih mengenali JIK JTK serta pentadbiran kolej.Selain itu,lebih menyedihkan lagi fitnah ini berlaku di dalam bulan Ramadhan. Fikirlah wahai mahasiswa! sebarkan...

"Sesungguhnya, Zakat untuk orang-orang Fakir; Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharimin, Fisabilillah dan Ibnissabil. Adalah kewajipan yang ditentukan Allah, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana." -
At-Taubah: 60

Fisabilillah - Mereka yang berjuang kerana Allah, demi kebaikan masyarakat.Fisabilillah meliputi semua perkara yang baik, terutama usaha-usaha dalam membantu memperjuangkan agama Allah. Gaji pegawai dakwah bagi membantu unit strategik masjid, asatizah dan pendidikan Islam."

No comments: